OBJEKTIF PROJEK





1. Membawa pembangunan masyarakat melalui pendidikan tidak formal dan
pengurusan ekonomi di Daerah Kecil Matunggong secara dinamik dan
"sustainable" melalui perkhidmatan perpustakaan.


2. Memastikan sastera rakyat Rungus dapat dipelihara, dihayati dan diturunkan kepada generasi baru kaum Rungus sebagai satu lagi khazanah warisan Negara yang amat bernilai.

3. Membantu masyarakat Rungus, mengumpul dan merekod hasil karya sastera rakyat yang diturunkan oleh leluhur mereka.



4. Persediaan ke arah penubuhan sebuah sistem pendidikan dan pengajaran
Bahasa Rungus agar bahasa ini dapat dipelajari dan dinikmati bukan sahaja oleh suku kaum mereka sendiri tetapi juga oleh kaum-kaum lain di Malaysia dan pelawat-pelawat luar negeri.


5. Untuk menerbit segala hasil projek sama ada,dibukukan, dicetak dalam bentuk cakera padat, filem/video, atau audio, dan sebagainya bagi tujuan perkhidmatan rujukan/maklumat/ koleksi perpustakaan, serta untuk kegunaan para penyelidik, dan golongan-golongan lain yang berminat.



6. Mempromosi dan memperkembangkan maklumat mengenai kaum Rungus bagi membantu mempertingkatkan kemahiran hidup,cara hidup dan taraf sosio-ekonomi mereka.